Thursday, November 20, 2008

adakah aku berjiwa seni??

aku tidak pernah memikirkan haluan aku dalam memilih haluan..cuma munkin ini satu kebetulan..aku memjeremuskan diri aku dalam kancah seni ini sewaktu sekolah lagi ketika sibuk memilih kelas tingkatan 6 bawah..pelawaan sahabatku yang kini sudah menjadi seorang guru seni agak mengelirukan. apa mampu aku melukis?mewarna?sekadar melakar orang lidi dan menconteng meja sekolah selalu aku lakukan..

pelajaran senivisual merupakan subjek baru bagi aku dan aku sendiri agak kaget dengan keadaan itu..asas seni,prinsip seni sehinggalah kepada melukis menggunakan water color telah aku pelajari dengan jayanya.tapi ketika itu aku langsung tidak memikirkan haluan aku kemana..

cukup saja pengalaman aku disitu..sudah makin berputik rasa hati terhadap seni..bukan saja seni halus malah dalam seni grafik mahupun seni persembahan pentas...minat aku memang mendalam..tapi cukup untuk bergiat secara amatur..

pernah satu ketika aku menghadiri satu majlis seni,ketika itu aku seperti menceroboh majlis itu dan dihalau keluar kerana aku bukan kelompok seni itu..terasa amat tercabar...kerana seolah2 seni itu berbatas ruangan waktunya..sememangnya kesalahanku..tapi kenapa tidak dibiar saja ruang itu dikongsi bersama..kerana seni ini satu perkongsian dalam satu kitaran..

rasa itu hampir membuat aku rasa benci..kenapa harus disekat kemahuan yang mengila terhadap seni..

kini aku makin merasai akan satu kelompok yang menerima aku untuk berkongsi rasa dalam berkarya..dan aku harapkan kelompok ini akan membuka mata hati aku akan kepentingannya kelak.

pertama dalam stand up comedy..

bebaskan saja kebelengguan fikiran memikirkan sebuah citra tragedi..bina saja sebuah komedi..bukan lawak jenaka setaraf mr bean yang kononnya penonton menilai bean itu kebodohan..amat sukar meluah kata spontan..berbeda dari menjalit sapuan spontan pada canvas..bibir bijak mengatur kata yang cepat dan lantang sama ada menyentuh paradigma sensitiviti mahupun tidak..

pengalamanku bersama AKSES dan bakal bergerak sendiri dengan kumpulan PARADOKS sedikit sebanyak membuka mata akan kepentingan stand up comedy dalam persembahan pentas..jujur aku katakan tidak mudah melaksanakan tanpa skrip..cuma kepetahan..

aloy mempunyai kelebihan dan aku yakin nilainya mampu di komersilkan takala beliau sendiri masih kabur tentang kebolehan diri...

Tuesday, November 11, 2008

kempunan betul..

pengalaman aku sewaktu kecil di kampung aku bnyak menghabiskan masa di sawah padi..bukan aku membanting padi..jauh skali nak membajak..nak menabur benih pon aku tak pandai..tetapi aku menghabiskan masa menangkap belalang kunyit sebagai santapan aku.

rasa belalang nih sungguh enak sekali..lagi sedap dari ayam masala,tandori,malah tosai sardin kegemaranku jua tercundang...keenakan belalang sukar dilafazkan dengan kata2..hanya bunyi sendawa dan kentut mampu menjawab persoalan..

kini hampir 10 tahun aku tidak merasa keenakan belalang..seolah belalang itu sudah kepupusan keturunannyer dek penangan aku membalun keturunan moyang-moyang belalang..

seminggu yang lepas aku hampir merasai lagi keenakan itu..rupanya tiada kepupusan belalang!!haha..tetapi khabaran itu hanya sementara cuma..belalang yang ku harapkan itu tidak sampai ke perut ku seperti yang diharapkan..janji dari seorang kawan kononnya akan membawa bekalan belalang dari kampung tak kunjung tiba..katanya bekalan itu tertinggal didalam peti ais teratak beliau..

penantian aku untuk merasa kembali keenakan belalang itu hampa belaka..kempunanyer akuuuuu,,,,

Wednesday, November 5, 2008

ehh..ader air..

aper laa setan sangat kao nih..xhabis2 cari masalah..aku paling xsuka tengok kau berpura2 laa..macam kimak plak..dah masuk dalam gua aku..xkan kau xnampak air yang mengalir sedap?depan pintu gua aku je..siap ahli kerabat bertemasya dalam arus itu..

ehh..ader air...ucapan yang paling sengal pada hari ini aku dengari..xperlu laa nak berpantun kalau nak merasa keseronokan bermain dalam tasik larangan aku nih..aku tau helah kau...bukan baru aku kenal..

Tuesday, November 4, 2008

aper yang kau nak sebenarnyer??

aper kao fikir aku nih aper??aper kao ingat aku heran sangat dengan ko?kao memang lancau tahap apek mabuk todi keling laa...kao nama jee duk sepohon dengan aku..tapi kao buleh plak tolak aku kan?

aku betul2 xfaham laa..aper aku dah f**k adik kao ker?@ kau ase aku dah tido dengan awek kau??asal jee aku lebih sikit kao bising..asal jee aku wat hal sikit kau bising..kecohkan semua puak2 yang kononnyer terhebat di pasaran..wei..cermin diri tu laa...aper laa sangat yang kau ader?dah laa gemuk!muka macam apek ising!!

aper yang kau nak sebenarnyer??aper aku buat kat tempat aku,mesti org dari tempat lain pon tahu..kijer kau jee tu..kau je nampak aper aku buat..asal je jumpe puak2..mesti ader yang cakap " aku dengar kau......." kau nih kecoh betul laaa..mulut macam haram!!lahanat!!babi r kau nih!!

yang aku xleh blah kao pandai berlakon.."eh..yeker??" ayat paling hina pernah aku dengar..dengan pompuan wat2 comel....wahhhhh..comelnyerrrrrrr..tomeinyerrrr..wahhhh...macam sial laa sebenarnyer weii...segeli2 aku tgok auw..geli lagi aku tgok kao..tuiii!!

aku mmg sengaja melambatkan urusan aku....semoga kao cepat2 blah..sb aku paling benci tengok kao..paling geli tgok mao..eeeeee....geram nak tumbuk jee...cari nahas sehhh

Monday, November 3, 2008

blackout ker aper nih????


di suatu petang yg mendamaikan..perjalanan aku dgn c70 dari campus ke rumah memang mengayik..damai betul kota shah alam nih..lagi2 melalui area sekyen 6..


setelah sampai kerumahku..dengan perasaan gembira aku memasuki rumah tanpa memberi salam pada memberku yg syok menikmati mimpi disiang hari..lants perasaan gumbiraku bertukar duka..sesuatu luarbiasa berlaku dlm rumah sewa blok 16 yg aku diami nih...


kenapa panas semacam..apa munkin member aku melakukan dajal samapai tertido??xmunkin..tiada kesan mahupon bukti kedajalan itu..rupanya kipas disiling tidak berpusing seperti biasa..


apa rosak kah kipas ini??setelah 2 tahun berkhidmat tanpa henti??mata aku terus memandang tepat pada suis...


wooooooooo.....tadak karen...!!!


blackout ker??aku melihat pada suis utama..takut suisnyer terpadam..tapi semuanya ok..

munkin aku terlepas mengetahui berita kerosakan bekalan agaknya..


jadi aku abaikan sambil menikmati nusantara hijau..dalam keasyikan aku menikmati rasa rokok yang amat sukar dijelaskan..aku terdengar suara sahabatku yg baru pulang dari studio..


berlainan nada dia..saperti ada sesuatu yang berlaku..


"xper2 aku guna duit aku dulu...kang aku g bayar.."


tu ayat yg paling jelas aku dengari..

belom sempat dia merehatkan diri..terus mengajak aku keluar ke satu destinasi penting...ke pejabat tnb n tm..


segera dia menjelaskan tunggakan 3 bulan bil elektrik..tetapi dia confuse..aper kawasan umah kita xder karen ker??aku xdpt nak mnjwab persoalan sahabatku itu..


setelah magrib hampir berlabuh..baru ku sedari..hanya rumah kami yg tidak berlampu...sahabatku bersuara penuh kesayuan..."weii..aper nihh..knp rumah org lain ader karen??dorg nih xkesian kat kiter ker??"


aku tersenyum sinis....


playstation:bil bulan nih dah cecah rm350...saper nak bagi guna karen..

Saturday, November 1, 2008

nak jugak makan...

masa aku kecik2 suka tgok citer sang kancil..best woo.skrg dah xder lakk..bdak2 skrg maner leh rase keseronokan layan kartun tu..citer yg aku suka tgok tjuk sang kancil dgn monyet..

"aku nak jugak makan buah yg merah tu...nak jugak..nak jugak.." kata si monyet..tapi si kancil melarang..."jangan monyet..."

si monyet tu mkn jugakkkkk...fuhhhhh...sekali si monyet tu melantun2 seperti kera terkene belacan..tp si monyet ni terkene lada..huhuhhu..

"tu laa monyet,aku dah cakap dah..jangan monyet..." kata si kancil.


Play Station : kalo ader jarum yang patah,jangan disimpan dalam peti...buang laa ke tong sampah..

mata skrol??

dulu aku sangka cinta hanya laa satu destinasi melepaskan perasaan sayang,rindu dsb,tp kini aku makin memahami keperluan cinta itu sendiri...cinta kalo berlandaskan nafsu..hanya mengundang bencana..tapi bukan itu skop utama aku..

aku paling suka menilai cinta bukan berdasar nafsu..lagi jauh berlandaskan harta dan kebendaan.. kalo sekadar cinta pada wang ringit pernah aku dengari..tapi cinta pada setinggimana kecerdikan kita dan dinilai dgn 1 skrol ijazah..itu jarang aku dengari malah tidak pernah aku ketahui..sebegitu rupanya cinta..

"wei..aku cakap betol nih..engkau kalo bukan kerana kau kaya,jgn harap aku nak pandang kau"..tu ayat mata duitan..

"lu dengar sini..kalo lu xder ijazah, lu jgn pikir pasal cinta..lu nak jd per nnti??wa ader degree beb..best student.." ni ayat mata skrol..

PlayStation : cinta tu perlu keikhlasan beb..dari itu timbul rasa yakin dan percaya..

Thursday, October 30, 2008

cita2 aku semasa kecil...

dulu..aku paling suka main polis entry,maner x nyer,tu game paling top masa tu..masa tu aku dah bercita2 nak jd mcm abah aku..lagi hebat dr abah aku..hahaha..aku mmg berpeluang merasa pegang pistol abah aku..bnyak berat!mcm maner laa abah aku guna..taksilap aku time tu aku pegang magnum..aku berani pegang sebab time tu xder peluru..dan time tu sempat aku bkhayal menjadi seorang penembak yg cekap.dulu aku dah fikir skill menembak mcm dlm citer wanted tuu..cuma abah aku xcayer leh tembak mcm tu...masa aku dah besar aku tak lagi bercita2 mjadi seorg polis..sb abg aku dah jd polis dah..wat per aku nak jd polis gakk..tapi peluang aku utk blajar dalam bab pistol2 nih masih aku teruskan..aku bnyak bertanya dgn abah aku,sb dia dalam bahagian senjata,bnyak benda yg aku korek..tapi abah aku mcm xbg sokongan sgt dgn minat aku tu..jd aku berubah angin kearah dunia seni saja..best per,,nnti leh aku design pistol aku lakk..kuikuikuikui..

betapa aku heran...


aku heran betul laa...aku pon xtau aper yg aku tgah hairan sangat nih..ada aku kesah??ishh..bercelaru otak aku nih...bagai ditelan mati bapak,dibuang mati mak!..ishhh..membelenggu di dalam ruang kotak kosong pikiran ku ini...apa kau tau bila exam mandrin??

Friday, October 24, 2008

padanganku terhadap bakai dan produksinya



kekuatan bakai terhadap korus sememangnya patot dibanggakan..tidak kurang juga pelakon utama yang banyak memainkan peranan dipentas..pelakon utama hilang fokus semasa pementasan adalah satu kemalangan serius yang sering di alami oleh mana2 pelakon. kekuatan dalam mengolah situasi dan pentas amat penting bagi menutup kesilapan tetapi bukan dengan mengada-adakan situasi. contohnya bukan melaui pertukaran watak yang drastik dari seorang dewa kepada seorang pelawak..pelakon mempunyai tangjawab sendiri terhadap penghayatan watak sepanjang sesi persembahan..walaupon terdapat kekalutan yang dialami oleh belakang tabir..pelakon mempuanya ruang sedar dan separuh sedar yang mesti dikawal secara individu baik dibelakang pentas mahupun semasa beraksi.ruangan ini seharusnya mengeluarkan aura yang dapat dirasa oleh penonton dan pelakon lain bagi membentuk satu hubungan yang serasi..




situasi pentas secara langsung boleh mempengaruhi mood dan fokus pelakon.kecacatan yang dipunyai oleh ruang pementasan bakai adalah level pelakon dan penonton. kekacauan ini telah menjadi faktor pelakon utama hilang fokus kerana pelakon dapat melihat pergerakan penonton.




pembikinan set sering menjadi isu bagi pihak tertentu, tapi itu tidak sepenting menyiapkan set dalam masa yg sepatotnya. kelemahannya ialah telah menyumbang kepada kelemahan pelakon menguasai ruang pentas dan set.sememangnya aku meramal persembahan set kali ini tidak bersesuaian bukan kerana tidak membuat kajian tetapi bahan yang sukar diadakan dan kekurangan budget produksi.kelemahan teknikal bukan terhadap set sahaja malah penggunaan lighting yang mempunyai maksud dan perbedaan scene.. tetapi rekaan kostum menepati style dan syabas kepada pereka kostum kerna menghasilkan 'magis' dalam bakai.




secara peribadi aku amat berbangga dgn produksi akses kali ini kerana mampu memcipta pengalaman yang hebat dan berlainan melalui karya bakai ini.seharusnya karya ini dikekalkan kerana kita telah mempelajari kesilapan dan mengetahui kelemahannya.

Monday, October 20, 2008

sudah lama aku tidak.......


fuh..lama beb...aku pon xsure beraper lama..sampai mber2 tnyer aku...blog xupdate ker??haha..aku malas lakk nak menaip sebnarnyer.kan begus kalo ckap je..then pc ni taip per kita cakap..


Friday, September 19, 2008

melisa not my girlpren

PENGUMUMAN

Dengan sukacitanya aku memberitahu bahawa "melisa bukan kekasihku @ kawan perempuanku"

ini kerna aku tidak mengenali siapa melisa itu sebenarnya..dan melisa juga tidak mengenali aku sepertimana aku tidak mengenalinya (oii..berapa kali mau repeat daaa)

diharapkan tuan2 puan2 mengabaikan nama baik melisa itu kerna tiada kaitan baik yang hidup @ yang telah meninggal dunia..

masih tak tidor??

teringat kisah aku semasa di serawak..suatu malam aku xmampu lelapkan mata,memikirkan kg halaman ku yg jauh beribu nautika..tiba2 terkejut dengan suatu bunyi yang amat sayu bunyinya..bunyi yang amat aku takuti dan menyeramkan..ketika itu aku berada dikatil bawah pd sebuah katil double decker.bunyi itu ckup membuatkan aku menyelimutkan diri sepenuh badan di dalam selimut cap merak..hadiah ibu ku dr kampung..

Bunyi yang mengamatkan suasana itu turut mengegarkan katil double decker ku...lantas terhidu satu bauan yang kurang enak...walaupun selimut cap merak yang aku miliki cukup tebal..

terasa ingin aku bertukar menjadi makluk hijau yang ganas rupanya dan mencampak rakan sekatilku di tingkat atas yang sanggup melepaskan hasrat yang terpendam mendalam itu..

perghhh...amat kelam baunya..pekat likat..seperti 2minggu tidak ke jamban!

setelah 20minit kemudian..udara bilik tidurku yg tercemar dengan toksin manusia itu beransur pulih seperti membayar ansuran duit along...abang sulung ku..

namun begitu salur penafasan aku masih tersekat2 sehingga menyebabkan aku mencapai vicks di meja belajar aku..aku meng-on kan suis lampu belajarku..cukup menerangkan ruang bilik yang gelap..dan tanpa semenanya aku terkejut dengan satu suara..bertanyakan..masih tak tidor??

opocottt melocot vick aku...bodo punyer auw!!!terlepas ucapan kasarku terhadap rakan sebilikku seorang pondan yang kononnya seksi dan hot ketika itu..cukup menggoda..tapi, nasib aku bukan gay....

pon aku terlepas ucapan kasar aku terhadapnya..tetapi dia tetap melemparkan senyuman pada aku..fuhhhh....main senyum2 plakk..sebenarnya malam sebelom itu rakan sebiliku ini membawa seseorang kedalam bilik..ya..seorang lelaki..yang aku tidak kenali..tetapi ketika itu aku baru saja memrebahkan diri ke katil..

barangkali dia menyangka aku sudah nyenyak tido..dan aku pula memasang telinga dengan apa yang mereka bicarakan..
bersambung....

Thursday, September 18, 2008

amarah seorang lelaki.

apa benar kalian mengatakan marah itu sebagai simbolik terhadap rasa ketidakpuasan hati?apa benar setiap kesalahan itu harus dihukum dengan kemarahan?segalanya munkin...sekadar munkin..apa pun bagi aku marah hanya satu protes terhadap kekacauan jiwa yang melampau.

aku tidak munkin akan mengudang kemarahan seorang lelaki yang aku kenali tapi kurang aku fahami..sebab aku bukan gay..kerna itu aku kurang memahami..aku hanya mahukan kebebasan dalam urusanku.bebas memilih apa saja yang aku mahukan.tapi bebas aku bukan bermakna menolak kawalan dari pihak lain...

cukup sekali aku menyatakan kedinginan aku dalam berteater..cukup sekali aku mendengar amarah seorang lelaki..segalanya pasti ada penyelesaian bagi aku.

Wednesday, September 17, 2008

kelesuan


sepertimana yang lain..aku juga mahukan penampilan..mahu juga mengikuti aliran semasa wang ringgit..malah tidak mahu ketinggalan menyediakan sebuah blog...ya..blog..aku bukan seorang yang mampu meluah rasa hati ku pada khalayak..jauh sekali mahu menjadi seorang yang amat periang bertutur kata...jadi blog destinasiku untuk meluah kata.



takala kesibukan rakanku menyiapkan projek major..aku masih lagi jauh ketinggalan..punca hanya satu..pc aku yg maha hebat meragam sakan..mabuk todi agaknya..pon begitu aku cuba untuk mengejar kerjaku yang entah bila akan selesai..

hiburan utamaku ialah tido..tido sepenuh masa sambil mengatur startegi untuk membahagikan masa bersama kelab teater..kegilaan aku semenjak sekolah menjinakkan diri dalam arena teater bukan sesuatu yang asing.pengalamanku tidaklah sebesar mana..cukup sekadar menjadi tenaga produksi.bukan aku tidak mahu menjadi pelakon,tp kepuasan memjadi krew lagi bermakna.aku bukan manusia yang mampu menghafal skrip..bahkan tidak mampu menguasai tubuh ku bergerak tari mengayakan perasaan. aku banyak menyertai kelab teater,antaranya kelab teater bayu di sarawak(unimas), kelab teater di daerahku-the dream theater, dan yang terkini bersama kelab teater uitm, AKSES.

kini sudah hampir 7 tahun aku mengenali teater. tapi ilmu ku masih tidak cukup untuk bergelar yang terhebat. masih terngiang2 bicara sahabat ku, mengajakku melanjutkan master seni persembahan di usm.giler kao..aku tak terpikir mahu menjadi artis persembahan..cukup menjadi ahli bawahan..ya..apa kelas ahli bawahan..jadi pak turut!!celaka laa siapa yang berfikiran sebegitu.teater bagi aku bukan sekadar berlakon!kesinabungan pelakon dan belakang pentas mesti di adun sekata..agar teater itu hidup maknanya dalam konteks seni persembahan.seperti lagu dan irama..xboleh terpisah..sumbang.aku sebenarnya bukan mahu mencoretkan apa itu teater, tapi aku mahu nyatakan aku kini semakin hambar dalam memikirkan teater.

KELESUAN aku terhadap teater...kenapa aku tidak seperti dulu,merasai kehangatan pentas di setiap liang romaku..tidak lagi terasa getaran kaki ku yang berpijak di permukaan pentas..apa munkin hatiku bukan lagi meminati teater?karut..karut..tapi mengapa aku masih bersama AKSES?