Tuesday, January 12, 2010

mati seketika

biarpun secawan kopi putih itu
ku hirup nikmatnya,
namun
masih lagi tidak mampu
mengawal perasaan ini....

arrggghhhhh.....sepet terasa!!
tak tahan lagi aku nak menanggung....

aku mahu ruang tenang itu
menjadi milik aku..
ketepi kalian...
aku mahu mengisi tempat itu
untuk mengalir liur ku...

shhhtttttttt....diam....
bersama kita menikmati
malam ini bersama-sama..
dibuai mimpi nan indah
agar esok hari
kita berjumpa lagi..
bermain berhibur bersama..

Sunday, January 10, 2010

benci

aku semakin tak mengerti ungkapan rindu itu
yang kau lafas padaku semalam
kau bilang masih sayang pada aku
dan aku juga bilang sayang juga padamu..

aku fikir sinar itu kembali lagi
buat kali ke berapa aku juga tidak pasti
kerana yang aku pasti aku masih menunggu mu
seperti dulu..

aku sabar dengan sikapmu
sebab aku mahu suatu hari
kau faham perihal itu....
aku sabar sebab aku sayang
sangat pada kau..

aku terluka perit,
pun sanggup aku bersabar,
menanti cinta itu..

kian aku bersabar,
benci pula membuak-buak

aku tidak suka dengan perasaan itu
tapi mengapa harus aku membenci kau
sedangkan aku masih menanti kau

dan ingatlah pada janji itu...
bagaimana mahu stabil
jika cinta itu tidak stabil...

Tuesday, January 5, 2010

ber-ilusi

ruangan sempit itu menenangkan aku
buat sejenak sahaja
reda dari keperitan hati
dan berlalu pergi

malam itu kau nyatakan sesuatu
kenyataan yang pada masa itu
nyata pada diri aku

dan bila malam itu pergi
kenyataan itu juga berlalu pergi
tanpa ada kesan kehadiran dirimu semalam

dan bila aku mencari jejak itu
aku seakan kelu keliru
antara ilusi dan nyata

adakah malam itu satu mimpi
semata-mata untuk menemani saat itu...

dan pagi ini aku sedari
ia benar satu ilusi yang dicipta darimu

...

Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu Nanti dulu
Berikanlah waktu Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu Aku cinta pada mu Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu

Sakitnya aku Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu
Cinta pada mu

Saturday, January 2, 2010

nyaman.

hujan di kota ini pedih meresap kulit...asid!!...
para paras yang ayu segan melangkah keluar,
katanya nanti kuyup lecun semuanya...
tp sebenarnya takut rupa itu diragut hujan itu..

aku lagi suka kan hujan di kampung..
sejuk nyaman hawanya..
sampai rongga bernafas terhasil wap...
hampir sama hasilnya seperti keretapi stim.

arrhhh..lagi sekali...

ntah ape problem gua,awl pagi gua masuk kije,bukan nk tnjuk rajin,tp bnyak kije xsiap,melangkah dlm opis aku sapa "morning bos".....morning...

lega sekejap..

seketika itu satu soalan mengundang..."i mau tanya u laaaa,knp call kad nih ini mcm?"

ooohhh...shit..mati aku..kesilapan tu amat besar sekali..burn 800 call card..

lagi sepurnama aku diberi peluang...atau tinggal saja tempat itu..

Friday, January 1, 2010

aku,dia dan kopi itu...

sama saja keinginan itu...kenapa ya?munkin dia ada rasa yang berbeza,aku suka kopi dan biskut,dia pula dgn holicks..aku juga mahu merasa nikmat itu sama seperti dia,biar dia juga tahu,aku juga suka dengan rasa itu.