Friday, October 24, 2008

padanganku terhadap bakai dan produksinya



kekuatan bakai terhadap korus sememangnya patot dibanggakan..tidak kurang juga pelakon utama yang banyak memainkan peranan dipentas..pelakon utama hilang fokus semasa pementasan adalah satu kemalangan serius yang sering di alami oleh mana2 pelakon. kekuatan dalam mengolah situasi dan pentas amat penting bagi menutup kesilapan tetapi bukan dengan mengada-adakan situasi. contohnya bukan melaui pertukaran watak yang drastik dari seorang dewa kepada seorang pelawak..pelakon mempunyai tangjawab sendiri terhadap penghayatan watak sepanjang sesi persembahan..walaupon terdapat kekalutan yang dialami oleh belakang tabir..pelakon mempuanya ruang sedar dan separuh sedar yang mesti dikawal secara individu baik dibelakang pentas mahupun semasa beraksi.ruangan ini seharusnya mengeluarkan aura yang dapat dirasa oleh penonton dan pelakon lain bagi membentuk satu hubungan yang serasi..




situasi pentas secara langsung boleh mempengaruhi mood dan fokus pelakon.kecacatan yang dipunyai oleh ruang pementasan bakai adalah level pelakon dan penonton. kekacauan ini telah menjadi faktor pelakon utama hilang fokus kerana pelakon dapat melihat pergerakan penonton.




pembikinan set sering menjadi isu bagi pihak tertentu, tapi itu tidak sepenting menyiapkan set dalam masa yg sepatotnya. kelemahannya ialah telah menyumbang kepada kelemahan pelakon menguasai ruang pentas dan set.sememangnya aku meramal persembahan set kali ini tidak bersesuaian bukan kerana tidak membuat kajian tetapi bahan yang sukar diadakan dan kekurangan budget produksi.kelemahan teknikal bukan terhadap set sahaja malah penggunaan lighting yang mempunyai maksud dan perbedaan scene.. tetapi rekaan kostum menepati style dan syabas kepada pereka kostum kerna menghasilkan 'magis' dalam bakai.




secara peribadi aku amat berbangga dgn produksi akses kali ini kerana mampu memcipta pengalaman yang hebat dan berlainan melalui karya bakai ini.seharusnya karya ini dikekalkan kerana kita telah mempelajari kesilapan dan mengetahui kelemahannya.

3 comments:

Aloy Paradoks said...

jika diberi peluang, aku ingin menebus semula kesilapan aku dan membuktikan yang aku boleh.
penyesalan masih menebal hingga kini.

abrodam said...

aku tidak puas dengan paluan beduk ku pada malam tersebut..setitik keringat peluh pun tdk keluar dari tubuhku..
hampeh

el-jober said...

kao bleh nyanyi lagu pretty ugly laa aloy..jika diberikan..aku satu peluang..dadadadadadada..peloh xkua sb sblom tu peloh kao dah kua hbis dahh wahai en adam..