Thursday, December 17, 2009

bauan ink dari mesin itu..

sesak nafas ini kerna bauan itu..
namun rindu akan bauan itu..
bukan wangi,
tp harum pahit memedih tekak..
dan bauan ink dari mesin itu,
mengenangkan aku pada sesuatu.

Wednesday, December 2, 2009

usang bersawang

blog ini seperti sudah terlalu rare untuk hasilkan sesuatu setiap hari...

Saturday, September 26, 2009

aku terasa raya kurang serinya..

terkenang zaman kecik2 dulu...raya time tu meriah tersangat2,sampai buat kenduri kendara kat kg mak aku..orang2 yang kije kat perantau time tu balik dengan megah dan bergaya bagai nak rak..dentuman meriam buluh bertalu-talu,langit berwarna warni dengan bunga api dan mercun yang berbagai2..mungkin time tu kilang bunga api di sungai buloh masih belum terbakar..kemudian di pagi hari raya kecoh dengan rakan2 sanak saudara berkunjungan tidak putus,dan mendapat duit raya semurah 50sen tetapi keriangan lagi berharga..

sekarang seri itu terasa makin kurang dari tahun ke tahun...bukan aku sahaja yang merasa,anak buah aku yang masih bersekolah rendah pun dapat membezakan kemeriahan dari tahun sebelum..dan dalam amatan aku semasa berada di kampung sepanjang puasa 2 hari sehingga raya ke4,terdapat beberapa punca yang mungkin mempengaruhi mood raya dari tahun ke tahun,antaranya;

1- puasa di perantauan banyak membeli juadah berbuka di bazar.
-air tangan dari seorang ibu kurang dirasai pada masa ini..kesukaan semasa berbuka puasa tidak dirasai langsung, makan tidak berkongsi sesama keluarga,sekaligus mengurangkan rasa cinta sesama keluarga.

2- perjalanan balik beraya ke kampung semakin tahun semakin perlahan kerana
kesesakan
-saban tahun ramai orang dari kampung berhijrah ke bandar sehingga memadatkan penduduk sedia ada,kemampuan hampir setiap warganya untuk memiliki sebuah kereta untuk satu keluarga. kemudiannya cuti perayaan disambut oleh semua kaum pada masa yang sama seterusnya mempengaruhi kesesakan pada masa puncak..kebiasaan memandu untuk sampai ke kampung sekitar 7-8 jam perjalan,tetapi pada masa ini mencecah sehingga 12-14jam perjalanan. dan situasi di kampung tidak ubah seperti di kota-kota besar,sesak seperti laluan bandar,dan penuh pula kenderaan dari kota berbanding kampung itu sendiri..munkin suatu hari nanti ada suatu daerah di kampung2 bernama daerah kuala lumpur,sepertimana di kuala lumpur ada kawasan bernama kampung terengganu,kelantan kuantan dan sebagainya.

Dan dalam kesesakan yang terlampau itu,terjadi pula kemalangan jiwa yang meragut banyak nyawa,banyak pula yang menjadi yatim piatu,balu,duda janda...malah hilang punca rezeki..memang sikap pemandu kita tidak begitu prihatin dengan penantian orang yang tersayang menanti di kampung.

3. banyak rancangan tv yang berpengaruh.
-aku pun tak faham kenapa banyak sangat rancangan tv yang sedih2 dan memilukan..sehingga terasa kurang mendengar orang bertakbir raya di tv seperti kebiasaan..hanya mendengar takbir raya pada careka tertentu,itupun ceritanya juga turut sedih. adakah kefahaman sebenar hari raya ini adalah untuk meratapi kesedihan sahaja?bukan kah hari raya ini meraikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa.aku harap pihak produksi,stesen penyiaran memandang hal ini sebetulnya..kerana media amat berpengaruh untuk mewarnakan suasana hari raya sebenar.

4. lagu raya masa kini tak sehebat lagu raya zaman mak ayah aku muda2 dulu.
-lagu dulu2 ada jiwa berhari raya berbanding sekarang.lagu raya dulu2 banyak kisah pasal keriangan berhari raya bersama keluarga,kini hanya menunjuk2 dirinya meriah berhari raya berbanding orang lain..tidak hairan la lagu dulu2 masih menjadi pujaan utama di hari raya..

5. mercun dan bunga api makin susah untuk didapati..
-sebelum puasa lagi mercun dan bunga api kene rampas...aku duduk kat umah sewa asyik dengar orang main mercun bawang,kalau kat kampung aku,mesti ader meriam buluh..

6. sekarang banyak kuih tunjuk-tunjuk.
-bukan saja di kota,malah di kampung2 juga terdapat agen yang menjual kuih raya,malah sekarang ada juga yang jadi pengusaha ketupat palas sementara..kalau orang di kota ada alasan kerana sibuk berkerja,namun kenapa pula di kampung juga mesti ada kuih tunjuk2??

Saturday, September 5, 2009

berdiam diri juga perlu ada..

bila gua rasa tension,gua diam
bila gua rasa nak marah,gua diam
bila gua rasa gua lapar,gua diam
bila gua rasa kurang berduit,gua diam

bila gua rasa lu buat gua tension, gua buat lu lagi tension dari gua
bila gua rasa lu buat gua marah, gua lagi marah dekat lu
bila gua rasa lu buat gua lapar,gua lagi buat lu lapar dari gua
bila gua rasa lu buat gua kurang duit, gua lagi buat lu kurang berduit dari gua

selagi gua mampu membisu..gua tetap membisu
dan bila gua mula bersuara,lu jangan cuba lagi bersuara dari gua..

Thursday, September 3, 2009

humban saja ia ke laut!!!

gua dah lama membela binatang sekor nih..dari zaman orang berbangga dengan kehadiran pendrive 126mb yang harganya pada masa itu rm180...sehingga la kehadiran pendrive yang hampir menyerupai kapasiti hardisk..gua masih lagi membela binatang itu..

masa tu gua punya binatang belaan nih paling power,orang lain cikai-cikai,yang paling best time tu gua je yang ader bela binatang tu..dari jauh gua beli,nun dari seberang laut cina selatan..time tu gua tau guna ms word saja.tp binatang tu macam boleh nak bina game flash time tu..sayang nyer time tu flash tu pon aku xtau nak sebut,apetah lagi nak guna..haha

sekarang dah lebih 6 tahun binatang tu dengan gua..gua pon dah kenal ape tu makhluk flash..ilus..photoshop...tp banyak dugaan dia bagi dekat gua..mane tak nyer,gua lenjan habis-habis binatang tu utk siapkan projek gua..paling perit binatang tu pernah hilangkan semua projek gua..binawe betul time tu...hampir2 gua nak siram petrol pastu bakar hidup2..

tp gua nih berhati mulia,gua tetap sayangkan beliau..

terdetik nun jauh di hujung hati gua,mahu humban saja ke laut, biar jadi rumah nemo si ikan badut..takala terkenang peristiwa hitam dulu kala..ciss..

hati gua sekarang terubat sedikit dengan kehadiran binatang baru.tp xsehebat binatang tua gua..bagi gua binatang baru gua tu buat bergaya saja..nasib gua xhumban binatang tua gua ke laut. kerana sekarang gua tetap mengharapkan kuasa sakti dari beliau untuk tolong gua..

p.s: ader saper2 nak tolak ram 512mb model lama x?

Tuesday, September 1, 2009

biol-biolan

gua makin pasti itulah lorongnya..
dua jam lalu gua mencari ruangan kebebasan
kaki gua melangkah yakin ke lorong itu
tapi otak gua masih memikirkan tentang lorong itu..
dulu lorong itu pernah gua lalui tanpa memikirkan kemana arah itu..
tetapi hari ini seakan merangsang saraf-saraf otak gua untuk berfikir
dimana sebenarnya lorong itu berakhir
dan dulu dimanakah gua berada setelah melalui lorong itu..

biol...

ingatan gua hitam kosong-tidak tahu kemana arahnya.

dan tanpa semenanya kaki gua seolah digigit sesuatu, yang sebenarnya disentuh untuk menyedarkan gua dari mimpi itu..

pandir kebal..

hunusan keris si pandir sendiri tidak sedikit pun mencederakan beliau..luncai tergamam seketika sehingga gengaman keris itu seakan mengigil ketakutan..luncai terlupa akan kehandalan si pandir dalam ilmu kebalnya yang diamal 100 tahun dahulu..

si pandir tersenyum lebar,seperti puas melakukan onani setelah menduda lebih dari 60tahun..dengan pantas luncai melompat ke atas batu besar,bukan menyelamatkan diri dari pandir,tapi terkejut dengan kehadiran seekor lipas betina dari celahan batu itu..

pandir sebenarnya mahu bersenda dengan luncai dengan menyatakan beliau terlupa akan titah sultan,hanya sekadar mahu menguji ilmu kebalnya dan menunjuk-nunjuk kepada lunchai..

dan pandir bertanya pada luncai akan ilmu yang diamalkan oleh luncai sepanjang tempoh pertapaan..dan lunchai menjawab beliau memperolehi ilmu ghaib dan mampu sampai kemana saja destinasi yang dihajatkan.

pengakuan itu sedikit membuatkan pandir terasa murka kerna selama ini beliau tidak mengetahui tentang kebolehan si luncai itu dan kepenatan perjalanan yang jauh itu mengundang kemarahan yang melampau..

Friday, August 28, 2009

akan patik laksanakan demi tuanku...

keris bersadur emas dan perak,
siapan lut-lut yang kemas halus teralun kejam
seperti bersedia mencari mangsa seterusnya...

akan patik laksanakan demi tuanku.

langkah yang kuat memasak bumi bertubi-tubi
memecah kesunyian desa itu
mencari tempat bertapa si lunchai..
sudah sekian abad mencari

ayuh lunchai kita laksanakannya demi tuanku.

langkah seiring bersama lunchai ke melaka
merentas hutan belantara dari selatan perak
menempuhi onak duri mencalar diri
sudah sepurnama lamanya perjalanan itu.

dan langkah terhenti....

"ampunkan hamba wahai sahabatku lunchai..
hamba terlupa apakah titah tuanku pada hamba..."

dan demi tuanku lunchai laksanakan..

keris bersadur emas dan perak itu terus dicabut dari sarungnya
dan lunchai menghunus terus keperut si pandir tanpa pertanyaan lagi.

...dan aku juga akhirnya.

bercelaru dikotak imanigasiku,
seakan tiada tempat lain utk di duduki..
kelam kabut seraya canvas dan cotton-cotton mahal menyelimuti ruangan beradu
menguji kesabaran kepahlawanan aku
aku bukan seorang dayang yang mampu mengotakan janji untuk berkhidmat untuk sang raja
jauh sekali menjadi seorang gundik untuk memenuhi keperluan yang sihat setiap masa..
aku lah mangsanya..

dari hujung desa hingga ke kota dapat aku hidu..
entah berapa lama masanya sarang-sarang tikus itu berbungkus hitam dicerut itu
unggas-unggas kecil kekuningan merangkak perlahan disetiap ruang itu...jijik..
aku juga menyentuhnya..

ruangan pantri maharaja dipenuhi belanga yang mahal-mahal belaka..
tatkala belanga itu terhidang santapan yang sudah berkurun-kurun lamanya
seperti menyiapkan kepingan-kepingan keju bermutu..demi siapa?
...aku lah

Sunday, July 26, 2009

...kentot lu,kentot gua lagi sedap.

gua meracau kalo xdengar kentot lu dalam sehari,
lagi lunak bunyinya dari datuk siti,
bukan gua mahu layan kepala sialan yang hanya tahu memuji diri
bongkak angkuh semua padanya..

prettttt..pekk..pekk..
xpernah malu menandingi yang lain..
penuh yakin melepas emosi munafik beralaskan kata2 manis...

preeeettttttttttt..chepekkkk...pekkkk..pekkkk...
lagi lantang lagilah tinggi hidung mendongak kelangit
seakan mahu mencecah langit yang menahan bebanan tahi-tahi hujan air mata..

kentot gua...pssstttttttttt....kelam dalam pantis langsung tak disedari...

Thursday, May 7, 2009

rana pemain hawa

rana bukan satu nama..
hanya peneman pada pemain yg ligat bersama hawa

helah mengecek hawa cekap diputar oleh pemain,
takala alpa pada prinsip hidup..berpegang hanya pada yang satu..jika itu kamu setia

hancur hati lumat lagi berdarah ketika terasa hati ditinggalkan
sekejap terfikir perit yg ditanggung hawa terdahulu munkin sama seperti ini..

hidup di dunia bukan untuk berseorangan..mesti berteman
berteman pula mesti cukup segala sifat seorang adam berkepimpinan
bukan semestinya kaya berada...cukup dengan usaha yg gigih menjaga tangjawab..

rezeki tuhan ada dimana..hanya mahu atau tidak...

Monday, March 23, 2009

aku juga mahu...

bila malam sepi tanpa bulan
aku juga sepi tak berteman
bila pagimu tidak bersarapan
aku juga terasa kelaparan

jauh dibenak fikiran ku keliru
terpandang akan keajaiban ciptaanNya
dedaunan hijau segar selesa memandang
kebiruan selat bersama bayu nan dingin
keputihan kolumunimbus cantik berarak perlahan
kesemuanya pasti akan hilang dengan perlahan
menanti kemusnahan

aku juga mahu mejaganya
seindah ciptaanNya
aku juga mahu melindungnya
seperti menjaga hidupku

sakitmu dapat kurasa
peritmu dapat ku lihat
laungan mu dapat ku dengari
kerana aku juga mahu..
mahu menjagamu
mahu melindung mu
mahu memuliharamu


*utk mlm earth hour

Wednesday, March 18, 2009

sudah rebah...ditimpa musibah...

pertama kali aku mengetahui, memohon kerja sebagai pelayan di sebuah kopitiam perlu mempunyai diploma mahupun degree..mata kasar aku xpernah menipu pandangan zahir,segerombolan makluk asing berkerja di tempat tersebut..adakah mereka mempunyai segulung diploma & degree?

Wednesday, February 25, 2009

sudah3 bulan rupanyer...

kalo org dah kahwin 3 bulan mesti dah dapat hasilnyer...tapi aku belum kahwin lagi..cuma yang pasti 3 bulan aku tidak membuat entry baru sudah pasti membuat ruangan aku bersawang..