Thursday, November 20, 2008

adakah aku berjiwa seni??

aku tidak pernah memikirkan haluan aku dalam memilih haluan..cuma munkin ini satu kebetulan..aku memjeremuskan diri aku dalam kancah seni ini sewaktu sekolah lagi ketika sibuk memilih kelas tingkatan 6 bawah..pelawaan sahabatku yang kini sudah menjadi seorang guru seni agak mengelirukan. apa mampu aku melukis?mewarna?sekadar melakar orang lidi dan menconteng meja sekolah selalu aku lakukan..

pelajaran senivisual merupakan subjek baru bagi aku dan aku sendiri agak kaget dengan keadaan itu..asas seni,prinsip seni sehinggalah kepada melukis menggunakan water color telah aku pelajari dengan jayanya.tapi ketika itu aku langsung tidak memikirkan haluan aku kemana..

cukup saja pengalaman aku disitu..sudah makin berputik rasa hati terhadap seni..bukan saja seni halus malah dalam seni grafik mahupun seni persembahan pentas...minat aku memang mendalam..tapi cukup untuk bergiat secara amatur..

pernah satu ketika aku menghadiri satu majlis seni,ketika itu aku seperti menceroboh majlis itu dan dihalau keluar kerana aku bukan kelompok seni itu..terasa amat tercabar...kerana seolah2 seni itu berbatas ruangan waktunya..sememangnya kesalahanku..tapi kenapa tidak dibiar saja ruang itu dikongsi bersama..kerana seni ini satu perkongsian dalam satu kitaran..

rasa itu hampir membuat aku rasa benci..kenapa harus disekat kemahuan yang mengila terhadap seni..

kini aku makin merasai akan satu kelompok yang menerima aku untuk berkongsi rasa dalam berkarya..dan aku harapkan kelompok ini akan membuka mata hati aku akan kepentingannya kelak.

1 comment:

Aloy Paradoks said...

setiap org sbnrnya ada nilai dan kemampuan seni sendiri,,,
cume mereka tak sedar dan tak penting bagi mereka.

Satu bukti menyangkal bahawa seni itu bukan mainan semata dan tidak penting, adanya fakulti AD dan Teka.

Jika ia tak penting,,org tak buat pengajian terhadap seni diperingkat tertinggi.