Saturday, September 26, 2009

aku terasa raya kurang serinya..

terkenang zaman kecik2 dulu...raya time tu meriah tersangat2,sampai buat kenduri kendara kat kg mak aku..orang2 yang kije kat perantau time tu balik dengan megah dan bergaya bagai nak rak..dentuman meriam buluh bertalu-talu,langit berwarna warni dengan bunga api dan mercun yang berbagai2..mungkin time tu kilang bunga api di sungai buloh masih belum terbakar..kemudian di pagi hari raya kecoh dengan rakan2 sanak saudara berkunjungan tidak putus,dan mendapat duit raya semurah 50sen tetapi keriangan lagi berharga..

sekarang seri itu terasa makin kurang dari tahun ke tahun...bukan aku sahaja yang merasa,anak buah aku yang masih bersekolah rendah pun dapat membezakan kemeriahan dari tahun sebelum..dan dalam amatan aku semasa berada di kampung sepanjang puasa 2 hari sehingga raya ke4,terdapat beberapa punca yang mungkin mempengaruhi mood raya dari tahun ke tahun,antaranya;

1- puasa di perantauan banyak membeli juadah berbuka di bazar.
-air tangan dari seorang ibu kurang dirasai pada masa ini..kesukaan semasa berbuka puasa tidak dirasai langsung, makan tidak berkongsi sesama keluarga,sekaligus mengurangkan rasa cinta sesama keluarga.

2- perjalanan balik beraya ke kampung semakin tahun semakin perlahan kerana
kesesakan
-saban tahun ramai orang dari kampung berhijrah ke bandar sehingga memadatkan penduduk sedia ada,kemampuan hampir setiap warganya untuk memiliki sebuah kereta untuk satu keluarga. kemudiannya cuti perayaan disambut oleh semua kaum pada masa yang sama seterusnya mempengaruhi kesesakan pada masa puncak..kebiasaan memandu untuk sampai ke kampung sekitar 7-8 jam perjalan,tetapi pada masa ini mencecah sehingga 12-14jam perjalanan. dan situasi di kampung tidak ubah seperti di kota-kota besar,sesak seperti laluan bandar,dan penuh pula kenderaan dari kota berbanding kampung itu sendiri..munkin suatu hari nanti ada suatu daerah di kampung2 bernama daerah kuala lumpur,sepertimana di kuala lumpur ada kawasan bernama kampung terengganu,kelantan kuantan dan sebagainya.

Dan dalam kesesakan yang terlampau itu,terjadi pula kemalangan jiwa yang meragut banyak nyawa,banyak pula yang menjadi yatim piatu,balu,duda janda...malah hilang punca rezeki..memang sikap pemandu kita tidak begitu prihatin dengan penantian orang yang tersayang menanti di kampung.

3. banyak rancangan tv yang berpengaruh.
-aku pun tak faham kenapa banyak sangat rancangan tv yang sedih2 dan memilukan..sehingga terasa kurang mendengar orang bertakbir raya di tv seperti kebiasaan..hanya mendengar takbir raya pada careka tertentu,itupun ceritanya juga turut sedih. adakah kefahaman sebenar hari raya ini adalah untuk meratapi kesedihan sahaja?bukan kah hari raya ini meraikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa.aku harap pihak produksi,stesen penyiaran memandang hal ini sebetulnya..kerana media amat berpengaruh untuk mewarnakan suasana hari raya sebenar.

4. lagu raya masa kini tak sehebat lagu raya zaman mak ayah aku muda2 dulu.
-lagu dulu2 ada jiwa berhari raya berbanding sekarang.lagu raya dulu2 banyak kisah pasal keriangan berhari raya bersama keluarga,kini hanya menunjuk2 dirinya meriah berhari raya berbanding orang lain..tidak hairan la lagu dulu2 masih menjadi pujaan utama di hari raya..

5. mercun dan bunga api makin susah untuk didapati..
-sebelum puasa lagi mercun dan bunga api kene rampas...aku duduk kat umah sewa asyik dengar orang main mercun bawang,kalau kat kampung aku,mesti ader meriam buluh..

6. sekarang banyak kuih tunjuk-tunjuk.
-bukan saja di kota,malah di kampung2 juga terdapat agen yang menjual kuih raya,malah sekarang ada juga yang jadi pengusaha ketupat palas sementara..kalau orang di kota ada alasan kerana sibuk berkerja,namun kenapa pula di kampung juga mesti ada kuih tunjuk2??

4 comments:

xoxo said...

kamu dah besar hilang nikmat ye..siap tahun raya mcm gitu gaya..ape2 raya hanya setahun sekali..jadi kamu perlu kurang ker bazaar ramadhan ,masak sendiri la..kuin x nk tunjuk buat la sendiri..ape2 pun selamat hari raya

dark ray said...

sarkis tak ada sarkis!!!
dulu wajib!!!

Aloy Paradoks said...

abang ni mcm pengacara tivi la//

bias® said...

abang nie porn star kan?