Monday, March 23, 2009

aku juga mahu...

bila malam sepi tanpa bulan
aku juga sepi tak berteman
bila pagimu tidak bersarapan
aku juga terasa kelaparan

jauh dibenak fikiran ku keliru
terpandang akan keajaiban ciptaanNya
dedaunan hijau segar selesa memandang
kebiruan selat bersama bayu nan dingin
keputihan kolumunimbus cantik berarak perlahan
kesemuanya pasti akan hilang dengan perlahan
menanti kemusnahan

aku juga mahu mejaganya
seindah ciptaanNya
aku juga mahu melindungnya
seperti menjaga hidupku

sakitmu dapat kurasa
peritmu dapat ku lihat
laungan mu dapat ku dengari
kerana aku juga mahu..
mahu menjagamu
mahu melindung mu
mahu memuliharamu


*utk mlm earth hour

4 comments:

Aloy Paradoks said...

aku selalu menemani malammu..
santai seenaknya bersenang senang..
letih bersila, kita berderap ke
Jeh Hubung,, Minum dan makan apa selayaknya..

PAJID said...

Ahaakz~

el-jober said...

aloy- ari aku berlalu sepi jua tanpa melihat blogmu,
jeh ubong sbg tempat bermesra, ketawa riang tanpa berduka,
perut kenyang hati senang,
bersama pula berteman mesra sentiasa..

pajid - anda kurang sehat kah?

Aloy Paradoks said...

aku merasa ada kekurang bila rakan yg aku percaya dan selalu bersama dalam hubungan pentas dan sahabat tiada pada malam itu..

tapi segalannya telah dirancang dan perlu dijalankan pada malam tersebut.
kami merasa kekurangan pada malam itu.