Friday, August 28, 2009

akan patik laksanakan demi tuanku...

keris bersadur emas dan perak,
siapan lut-lut yang kemas halus teralun kejam
seperti bersedia mencari mangsa seterusnya...

akan patik laksanakan demi tuanku.

langkah yang kuat memasak bumi bertubi-tubi
memecah kesunyian desa itu
mencari tempat bertapa si lunchai..
sudah sekian abad mencari

ayuh lunchai kita laksanakannya demi tuanku.

langkah seiring bersama lunchai ke melaka
merentas hutan belantara dari selatan perak
menempuhi onak duri mencalar diri
sudah sepurnama lamanya perjalanan itu.

dan langkah terhenti....

"ampunkan hamba wahai sahabatku lunchai..
hamba terlupa apakah titah tuanku pada hamba..."

dan demi tuanku lunchai laksanakan..

keris bersadur emas dan perak itu terus dicabut dari sarungnya
dan lunchai menghunus terus keperut si pandir tanpa pertanyaan lagi.

5 comments:

Rayza MukMin™ said...

arghh berat berat!

Aloy Paradoks said...

ehehheheheh...
yang pegi berkawan dengan si Pandir tu buat ape.

el-jober said...

dark ray- berat sokmo doh..

aloy- sudah pertengahan jalan baru aku tau beliau pandir..

bias® said...

emas tuh kalau timbang kati, agak-agak berapa harga dia?

el-jober said...

bias-biasanya mengikut harga pasaran semasa...tp masa zaman tu emas tidak sangat digalakan utk dijual.