Monday, November 3, 2008

blackout ker aper nih????


di suatu petang yg mendamaikan..perjalanan aku dgn c70 dari campus ke rumah memang mengayik..damai betul kota shah alam nih..lagi2 melalui area sekyen 6..


setelah sampai kerumahku..dengan perasaan gembira aku memasuki rumah tanpa memberi salam pada memberku yg syok menikmati mimpi disiang hari..lants perasaan gumbiraku bertukar duka..sesuatu luarbiasa berlaku dlm rumah sewa blok 16 yg aku diami nih...


kenapa panas semacam..apa munkin member aku melakukan dajal samapai tertido??xmunkin..tiada kesan mahupon bukti kedajalan itu..rupanya kipas disiling tidak berpusing seperti biasa..


apa rosak kah kipas ini??setelah 2 tahun berkhidmat tanpa henti??mata aku terus memandang tepat pada suis...


wooooooooo.....tadak karen...!!!


blackout ker??aku melihat pada suis utama..takut suisnyer terpadam..tapi semuanya ok..

munkin aku terlepas mengetahui berita kerosakan bekalan agaknya..


jadi aku abaikan sambil menikmati nusantara hijau..dalam keasyikan aku menikmati rasa rokok yang amat sukar dijelaskan..aku terdengar suara sahabatku yg baru pulang dari studio..


berlainan nada dia..saperti ada sesuatu yang berlaku..


"xper2 aku guna duit aku dulu...kang aku g bayar.."


tu ayat yg paling jelas aku dengari..

belom sempat dia merehatkan diri..terus mengajak aku keluar ke satu destinasi penting...ke pejabat tnb n tm..


segera dia menjelaskan tunggakan 3 bulan bil elektrik..tetapi dia confuse..aper kawasan umah kita xder karen ker??aku xdpt nak mnjwab persoalan sahabatku itu..


setelah magrib hampir berlabuh..baru ku sedari..hanya rumah kami yg tidak berlampu...sahabatku bersuara penuh kesayuan..."weii..aper nihh..knp rumah org lain ader karen??dorg nih xkesian kat kiter ker??"


aku tersenyum sinis....


playstation:bil bulan nih dah cecah rm350...saper nak bagi guna karen..

Saturday, November 1, 2008

nak jugak makan...

masa aku kecik2 suka tgok citer sang kancil..best woo.skrg dah xder lakk..bdak2 skrg maner leh rase keseronokan layan kartun tu..citer yg aku suka tgok tjuk sang kancil dgn monyet..

"aku nak jugak makan buah yg merah tu...nak jugak..nak jugak.." kata si monyet..tapi si kancil melarang..."jangan monyet..."

si monyet tu mkn jugakkkkk...fuhhhhh...sekali si monyet tu melantun2 seperti kera terkene belacan..tp si monyet ni terkene lada..huhuhhu..

"tu laa monyet,aku dah cakap dah..jangan monyet..." kata si kancil.


Play Station : kalo ader jarum yang patah,jangan disimpan dalam peti...buang laa ke tong sampah..

mata skrol??

dulu aku sangka cinta hanya laa satu destinasi melepaskan perasaan sayang,rindu dsb,tp kini aku makin memahami keperluan cinta itu sendiri...cinta kalo berlandaskan nafsu..hanya mengundang bencana..tapi bukan itu skop utama aku..

aku paling suka menilai cinta bukan berdasar nafsu..lagi jauh berlandaskan harta dan kebendaan.. kalo sekadar cinta pada wang ringit pernah aku dengari..tapi cinta pada setinggimana kecerdikan kita dan dinilai dgn 1 skrol ijazah..itu jarang aku dengari malah tidak pernah aku ketahui..sebegitu rupanya cinta..

"wei..aku cakap betol nih..engkau kalo bukan kerana kau kaya,jgn harap aku nak pandang kau"..tu ayat mata duitan..

"lu dengar sini..kalo lu xder ijazah, lu jgn pikir pasal cinta..lu nak jd per nnti??wa ader degree beb..best student.." ni ayat mata skrol..

PlayStation : cinta tu perlu keikhlasan beb..dari itu timbul rasa yakin dan percaya..

Thursday, October 30, 2008

cita2 aku semasa kecil...

dulu..aku paling suka main polis entry,maner x nyer,tu game paling top masa tu..masa tu aku dah bercita2 nak jd mcm abah aku..lagi hebat dr abah aku..hahaha..aku mmg berpeluang merasa pegang pistol abah aku..bnyak berat!mcm maner laa abah aku guna..taksilap aku time tu aku pegang magnum..aku berani pegang sebab time tu xder peluru..dan time tu sempat aku bkhayal menjadi seorang penembak yg cekap.dulu aku dah fikir skill menembak mcm dlm citer wanted tuu..cuma abah aku xcayer leh tembak mcm tu...masa aku dah besar aku tak lagi bercita2 mjadi seorg polis..sb abg aku dah jd polis dah..wat per aku nak jd polis gakk..tapi peluang aku utk blajar dalam bab pistol2 nih masih aku teruskan..aku bnyak bertanya dgn abah aku,sb dia dalam bahagian senjata,bnyak benda yg aku korek..tapi abah aku mcm xbg sokongan sgt dgn minat aku tu..jd aku berubah angin kearah dunia seni saja..best per,,nnti leh aku design pistol aku lakk..kuikuikuikui..

betapa aku heran...


aku heran betul laa...aku pon xtau aper yg aku tgah hairan sangat nih..ada aku kesah??ishh..bercelaru otak aku nih...bagai ditelan mati bapak,dibuang mati mak!..ishhh..membelenggu di dalam ruang kotak kosong pikiran ku ini...apa kau tau bila exam mandrin??

Friday, October 24, 2008

padanganku terhadap bakai dan produksinya



kekuatan bakai terhadap korus sememangnya patot dibanggakan..tidak kurang juga pelakon utama yang banyak memainkan peranan dipentas..pelakon utama hilang fokus semasa pementasan adalah satu kemalangan serius yang sering di alami oleh mana2 pelakon. kekuatan dalam mengolah situasi dan pentas amat penting bagi menutup kesilapan tetapi bukan dengan mengada-adakan situasi. contohnya bukan melaui pertukaran watak yang drastik dari seorang dewa kepada seorang pelawak..pelakon mempunyai tangjawab sendiri terhadap penghayatan watak sepanjang sesi persembahan..walaupon terdapat kekalutan yang dialami oleh belakang tabir..pelakon mempuanya ruang sedar dan separuh sedar yang mesti dikawal secara individu baik dibelakang pentas mahupun semasa beraksi.ruangan ini seharusnya mengeluarkan aura yang dapat dirasa oleh penonton dan pelakon lain bagi membentuk satu hubungan yang serasi..




situasi pentas secara langsung boleh mempengaruhi mood dan fokus pelakon.kecacatan yang dipunyai oleh ruang pementasan bakai adalah level pelakon dan penonton. kekacauan ini telah menjadi faktor pelakon utama hilang fokus kerana pelakon dapat melihat pergerakan penonton.




pembikinan set sering menjadi isu bagi pihak tertentu, tapi itu tidak sepenting menyiapkan set dalam masa yg sepatotnya. kelemahannya ialah telah menyumbang kepada kelemahan pelakon menguasai ruang pentas dan set.sememangnya aku meramal persembahan set kali ini tidak bersesuaian bukan kerana tidak membuat kajian tetapi bahan yang sukar diadakan dan kekurangan budget produksi.kelemahan teknikal bukan terhadap set sahaja malah penggunaan lighting yang mempunyai maksud dan perbedaan scene.. tetapi rekaan kostum menepati style dan syabas kepada pereka kostum kerna menghasilkan 'magis' dalam bakai.




secara peribadi aku amat berbangga dgn produksi akses kali ini kerana mampu memcipta pengalaman yang hebat dan berlainan melalui karya bakai ini.seharusnya karya ini dikekalkan kerana kita telah mempelajari kesilapan dan mengetahui kelemahannya.

Monday, October 20, 2008

sudah lama aku tidak.......


fuh..lama beb...aku pon xsure beraper lama..sampai mber2 tnyer aku...blog xupdate ker??haha..aku malas lakk nak menaip sebnarnyer.kan begus kalo ckap je..then pc ni taip per kita cakap..