Tuesday, September 1, 2009

pandir kebal..

hunusan keris si pandir sendiri tidak sedikit pun mencederakan beliau..luncai tergamam seketika sehingga gengaman keris itu seakan mengigil ketakutan..luncai terlupa akan kehandalan si pandir dalam ilmu kebalnya yang diamal 100 tahun dahulu..

si pandir tersenyum lebar,seperti puas melakukan onani setelah menduda lebih dari 60tahun..dengan pantas luncai melompat ke atas batu besar,bukan menyelamatkan diri dari pandir,tapi terkejut dengan kehadiran seekor lipas betina dari celahan batu itu..

pandir sebenarnya mahu bersenda dengan luncai dengan menyatakan beliau terlupa akan titah sultan,hanya sekadar mahu menguji ilmu kebalnya dan menunjuk-nunjuk kepada lunchai..

dan pandir bertanya pada luncai akan ilmu yang diamalkan oleh luncai sepanjang tempoh pertapaan..dan lunchai menjawab beliau memperolehi ilmu ghaib dan mampu sampai kemana saja destinasi yang dihajatkan.

pengakuan itu sedikit membuatkan pandir terasa murka kerna selama ini beliau tidak mengetahui tentang kebolehan si luncai itu dan kepenatan perjalanan yang jauh itu mengundang kemarahan yang melampau..

Friday, August 28, 2009

akan patik laksanakan demi tuanku...

keris bersadur emas dan perak,
siapan lut-lut yang kemas halus teralun kejam
seperti bersedia mencari mangsa seterusnya...

akan patik laksanakan demi tuanku.

langkah yang kuat memasak bumi bertubi-tubi
memecah kesunyian desa itu
mencari tempat bertapa si lunchai..
sudah sekian abad mencari

ayuh lunchai kita laksanakannya demi tuanku.

langkah seiring bersama lunchai ke melaka
merentas hutan belantara dari selatan perak
menempuhi onak duri mencalar diri
sudah sepurnama lamanya perjalanan itu.

dan langkah terhenti....

"ampunkan hamba wahai sahabatku lunchai..
hamba terlupa apakah titah tuanku pada hamba..."

dan demi tuanku lunchai laksanakan..

keris bersadur emas dan perak itu terus dicabut dari sarungnya
dan lunchai menghunus terus keperut si pandir tanpa pertanyaan lagi.

...dan aku juga akhirnya.

bercelaru dikotak imanigasiku,
seakan tiada tempat lain utk di duduki..
kelam kabut seraya canvas dan cotton-cotton mahal menyelimuti ruangan beradu
menguji kesabaran kepahlawanan aku
aku bukan seorang dayang yang mampu mengotakan janji untuk berkhidmat untuk sang raja
jauh sekali menjadi seorang gundik untuk memenuhi keperluan yang sihat setiap masa..
aku lah mangsanya..

dari hujung desa hingga ke kota dapat aku hidu..
entah berapa lama masanya sarang-sarang tikus itu berbungkus hitam dicerut itu
unggas-unggas kecil kekuningan merangkak perlahan disetiap ruang itu...jijik..
aku juga menyentuhnya..

ruangan pantri maharaja dipenuhi belanga yang mahal-mahal belaka..
tatkala belanga itu terhidang santapan yang sudah berkurun-kurun lamanya
seperti menyiapkan kepingan-kepingan keju bermutu..demi siapa?
...aku lah

Sunday, July 26, 2009

...kentot lu,kentot gua lagi sedap.

gua meracau kalo xdengar kentot lu dalam sehari,
lagi lunak bunyinya dari datuk siti,
bukan gua mahu layan kepala sialan yang hanya tahu memuji diri
bongkak angkuh semua padanya..

prettttt..pekk..pekk..
xpernah malu menandingi yang lain..
penuh yakin melepas emosi munafik beralaskan kata2 manis...

preeeettttttttttt..chepekkkk...pekkkk..pekkkk...
lagi lantang lagilah tinggi hidung mendongak kelangit
seakan mahu mencecah langit yang menahan bebanan tahi-tahi hujan air mata..

kentot gua...pssstttttttttt....kelam dalam pantis langsung tak disedari...

Thursday, May 7, 2009

rana pemain hawa

rana bukan satu nama..
hanya peneman pada pemain yg ligat bersama hawa

helah mengecek hawa cekap diputar oleh pemain,
takala alpa pada prinsip hidup..berpegang hanya pada yang satu..jika itu kamu setia

hancur hati lumat lagi berdarah ketika terasa hati ditinggalkan
sekejap terfikir perit yg ditanggung hawa terdahulu munkin sama seperti ini..

hidup di dunia bukan untuk berseorangan..mesti berteman
berteman pula mesti cukup segala sifat seorang adam berkepimpinan
bukan semestinya kaya berada...cukup dengan usaha yg gigih menjaga tangjawab..

rezeki tuhan ada dimana..hanya mahu atau tidak...

Monday, March 23, 2009

aku juga mahu...

bila malam sepi tanpa bulan
aku juga sepi tak berteman
bila pagimu tidak bersarapan
aku juga terasa kelaparan

jauh dibenak fikiran ku keliru
terpandang akan keajaiban ciptaanNya
dedaunan hijau segar selesa memandang
kebiruan selat bersama bayu nan dingin
keputihan kolumunimbus cantik berarak perlahan
kesemuanya pasti akan hilang dengan perlahan
menanti kemusnahan

aku juga mahu mejaganya
seindah ciptaanNya
aku juga mahu melindungnya
seperti menjaga hidupku

sakitmu dapat kurasa
peritmu dapat ku lihat
laungan mu dapat ku dengari
kerana aku juga mahu..
mahu menjagamu
mahu melindung mu
mahu memuliharamu


*utk mlm earth hour

Wednesday, March 18, 2009

sudah rebah...ditimpa musibah...

pertama kali aku mengetahui, memohon kerja sebagai pelayan di sebuah kopitiam perlu mempunyai diploma mahupun degree..mata kasar aku xpernah menipu pandangan zahir,segerombolan makluk asing berkerja di tempat tersebut..adakah mereka mempunyai segulung diploma & degree?