Friday, September 19, 2008

melisa not my girlpren

PENGUMUMAN

Dengan sukacitanya aku memberitahu bahawa "melisa bukan kekasihku @ kawan perempuanku"

ini kerna aku tidak mengenali siapa melisa itu sebenarnya..dan melisa juga tidak mengenali aku sepertimana aku tidak mengenalinya (oii..berapa kali mau repeat daaa)

diharapkan tuan2 puan2 mengabaikan nama baik melisa itu kerna tiada kaitan baik yang hidup @ yang telah meninggal dunia..

masih tak tidor??

teringat kisah aku semasa di serawak..suatu malam aku xmampu lelapkan mata,memikirkan kg halaman ku yg jauh beribu nautika..tiba2 terkejut dengan suatu bunyi yang amat sayu bunyinya..bunyi yang amat aku takuti dan menyeramkan..ketika itu aku berada dikatil bawah pd sebuah katil double decker.bunyi itu ckup membuatkan aku menyelimutkan diri sepenuh badan di dalam selimut cap merak..hadiah ibu ku dr kampung..

Bunyi yang mengamatkan suasana itu turut mengegarkan katil double decker ku...lantas terhidu satu bauan yang kurang enak...walaupun selimut cap merak yang aku miliki cukup tebal..

terasa ingin aku bertukar menjadi makluk hijau yang ganas rupanya dan mencampak rakan sekatilku di tingkat atas yang sanggup melepaskan hasrat yang terpendam mendalam itu..

perghhh...amat kelam baunya..pekat likat..seperti 2minggu tidak ke jamban!

setelah 20minit kemudian..udara bilik tidurku yg tercemar dengan toksin manusia itu beransur pulih seperti membayar ansuran duit along...abang sulung ku..

namun begitu salur penafasan aku masih tersekat2 sehingga menyebabkan aku mencapai vicks di meja belajar aku..aku meng-on kan suis lampu belajarku..cukup menerangkan ruang bilik yang gelap..dan tanpa semenanya aku terkejut dengan satu suara..bertanyakan..masih tak tidor??

opocottt melocot vick aku...bodo punyer auw!!!terlepas ucapan kasarku terhadap rakan sebilikku seorang pondan yang kononnya seksi dan hot ketika itu..cukup menggoda..tapi, nasib aku bukan gay....

pon aku terlepas ucapan kasar aku terhadapnya..tetapi dia tetap melemparkan senyuman pada aku..fuhhhh....main senyum2 plakk..sebenarnya malam sebelom itu rakan sebiliku ini membawa seseorang kedalam bilik..ya..seorang lelaki..yang aku tidak kenali..tetapi ketika itu aku baru saja memrebahkan diri ke katil..

barangkali dia menyangka aku sudah nyenyak tido..dan aku pula memasang telinga dengan apa yang mereka bicarakan..
bersambung....

Thursday, September 18, 2008

amarah seorang lelaki.

apa benar kalian mengatakan marah itu sebagai simbolik terhadap rasa ketidakpuasan hati?apa benar setiap kesalahan itu harus dihukum dengan kemarahan?segalanya munkin...sekadar munkin..apa pun bagi aku marah hanya satu protes terhadap kekacauan jiwa yang melampau.

aku tidak munkin akan mengudang kemarahan seorang lelaki yang aku kenali tapi kurang aku fahami..sebab aku bukan gay..kerna itu aku kurang memahami..aku hanya mahukan kebebasan dalam urusanku.bebas memilih apa saja yang aku mahukan.tapi bebas aku bukan bermakna menolak kawalan dari pihak lain...

cukup sekali aku menyatakan kedinginan aku dalam berteater..cukup sekali aku mendengar amarah seorang lelaki..segalanya pasti ada penyelesaian bagi aku.

Wednesday, September 17, 2008

kelesuan


sepertimana yang lain..aku juga mahukan penampilan..mahu juga mengikuti aliran semasa wang ringgit..malah tidak mahu ketinggalan menyediakan sebuah blog...ya..blog..aku bukan seorang yang mampu meluah rasa hati ku pada khalayak..jauh sekali mahu menjadi seorang yang amat periang bertutur kata...jadi blog destinasiku untuk meluah kata.



takala kesibukan rakanku menyiapkan projek major..aku masih lagi jauh ketinggalan..punca hanya satu..pc aku yg maha hebat meragam sakan..mabuk todi agaknya..pon begitu aku cuba untuk mengejar kerjaku yang entah bila akan selesai..

hiburan utamaku ialah tido..tido sepenuh masa sambil mengatur startegi untuk membahagikan masa bersama kelab teater..kegilaan aku semenjak sekolah menjinakkan diri dalam arena teater bukan sesuatu yang asing.pengalamanku tidaklah sebesar mana..cukup sekadar menjadi tenaga produksi.bukan aku tidak mahu menjadi pelakon,tp kepuasan memjadi krew lagi bermakna.aku bukan manusia yang mampu menghafal skrip..bahkan tidak mampu menguasai tubuh ku bergerak tari mengayakan perasaan. aku banyak menyertai kelab teater,antaranya kelab teater bayu di sarawak(unimas), kelab teater di daerahku-the dream theater, dan yang terkini bersama kelab teater uitm, AKSES.

kini sudah hampir 7 tahun aku mengenali teater. tapi ilmu ku masih tidak cukup untuk bergelar yang terhebat. masih terngiang2 bicara sahabat ku, mengajakku melanjutkan master seni persembahan di usm.giler kao..aku tak terpikir mahu menjadi artis persembahan..cukup menjadi ahli bawahan..ya..apa kelas ahli bawahan..jadi pak turut!!celaka laa siapa yang berfikiran sebegitu.teater bagi aku bukan sekadar berlakon!kesinabungan pelakon dan belakang pentas mesti di adun sekata..agar teater itu hidup maknanya dalam konteks seni persembahan.seperti lagu dan irama..xboleh terpisah..sumbang.aku sebenarnya bukan mahu mencoretkan apa itu teater, tapi aku mahu nyatakan aku kini semakin hambar dalam memikirkan teater.

KELESUAN aku terhadap teater...kenapa aku tidak seperti dulu,merasai kehangatan pentas di setiap liang romaku..tidak lagi terasa getaran kaki ku yang berpijak di permukaan pentas..apa munkin hatiku bukan lagi meminati teater?karut..karut..tapi mengapa aku masih bersama AKSES?