Monday, March 23, 2009

aku juga mahu...

bila malam sepi tanpa bulan
aku juga sepi tak berteman
bila pagimu tidak bersarapan
aku juga terasa kelaparan

jauh dibenak fikiran ku keliru
terpandang akan keajaiban ciptaanNya
dedaunan hijau segar selesa memandang
kebiruan selat bersama bayu nan dingin
keputihan kolumunimbus cantik berarak perlahan
kesemuanya pasti akan hilang dengan perlahan
menanti kemusnahan

aku juga mahu mejaganya
seindah ciptaanNya
aku juga mahu melindungnya
seperti menjaga hidupku

sakitmu dapat kurasa
peritmu dapat ku lihat
laungan mu dapat ku dengari
kerana aku juga mahu..
mahu menjagamu
mahu melindung mu
mahu memuliharamu


*utk mlm earth hour

Wednesday, March 18, 2009

sudah rebah...ditimpa musibah...

pertama kali aku mengetahui, memohon kerja sebagai pelayan di sebuah kopitiam perlu mempunyai diploma mahupun degree..mata kasar aku xpernah menipu pandangan zahir,segerombolan makluk asing berkerja di tempat tersebut..adakah mereka mempunyai segulung diploma & degree?